.

.

TEMPAHAN PSS

Saturday 5 March 2016

Majlis Pelancaran NILAM dan Bulan Bahasa 2016


              Pusat Sumber SMA Al-Quran Waddin telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM dan Bulan Bahasa 2016 pada 21 Februari 2016 bertempat di Perkarangan Tapak Perhimpunan Sekolah.

    Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua,    Tn Hj Lukmanulhakim Bin Mashadi. Dalam ucapan beliau menyeru agar  para pelajar lebih kerap mengunjungi Pusat Sumber Sekolah agar dapat menimba lebih banyak ilmu disamping dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif.


Tn. Hj. Lukmanulhakim bersama Pengunjung Bertuah Bulan Januari dan Februari  


               Beberapa program telah dirancang oleh Guru Perpustakaan dan Media, iaitu Pn. Natrah Binti Ibrahim sepanjang tahun 2016 yang akan melibatkan guru-guru, staf-staf   pentadbiran dan para pelajar.  
    
              Antaranya ialah  Pertandingan Alat   Bantu Mengajar/Belajar, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Melukis Poster bertema dan  banyak lagi.


Orientasi Pusat Sumber bagi Pelajar Tingkatan Satu 2016

PROGRAM ORIENTASI PUSAT SUMBER 2016




· Orientasi Pusat Sumber bagi Pelajar Tingkatan 1 diadakan pada setiap tahun dalam bulan Januari.

· Program ini dilaksanakan bagi memberi maklumat-maklumat berkaitan Pusat Sumber.

· Taklimat disampaikan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Natrah Binti Ibrahim kepada seramai 66 orang pelajar Tingkatan satu bertempat di Bilik Seminar SMA Al-Quran Waddin, Johor Bahru.

· Pelbagai maklumat disampaikan, antaranya berkaitan peraturan-peraturan di Pusat Sumber sekolah dan Tatacara peminjaman buku dilaksanakan.


Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2016

             Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2016 telah diadakan secara gilang-gemilang dengan kehadiran Inspektor Isa Bin Ahmad selaku tetamu jemputan pada hari tersebut. Majlis ini telah diadakan bertempat di Tapak Perhimpunan SMA Al– Quran Waddin pada 28 Januari 2016  dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah.




   Tetamu jemputan, Inspektor Isa Bin Ahmad selaku Ketua Perhubungan antara Sekolah mengingatkan agar Barisan Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2016 menjalankan tugas selaku wakil pihak berkuasa dalam menanggani masalah disiplin dalam kalangan pelajar.  Selain itu, Tuan Pengetua, Tuan Haji Lukmanulhakim Bin Mashadi juga memberi amanat agar Barisan Kepimpinan Pelajar menunjukkan tahap disiplin yang tinggi supaya dapat dicontohi oleh para pelajar yang lain.



            

Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar Barisan Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2016 sebagai satu simbolik amanah yang telah dipegang oleh setiap pelajar yang telah terpilih dan dilantik pada hari tersebut.




Tuesday 1 March 2016

PERATURAN PUSAT SUMBER WADDIN

PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

Disiplin
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki PSS.
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Pusat Sumber.
1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari PSS.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian
1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam PSS.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke PSS.

Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber . 
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber. 
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan. 
4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS. 
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
  
PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN

KEAHLIAN
1. Semua pelajar  dan kakitangan SMA Al-Quran Waddin layak menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah. 
2. Semua pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad PSS dan mendaftar di PSS. 
3. Kehilangan atau kerosakan kad  hendaklah diberitahu segera. Kad yang baru diganti atau diterima perlu didaftar semula. 
4. Pelajar hanya   dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja selama 4 hari dan 4 buah buku bagi guru. 
5. Meninjam kad  pengguna lain adalah satu kesalahan besar dan tindakan disiplin akan diambil .

PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
1. Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.

PERATURAN PINJAMAN
1.  Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut. 
2. Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap. 
3. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan diambil
4. Kertas soalan tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh diconteng. 
5. Jika didapati pelajar menconteng atau menghilangkanya, pelajar wajib membayar harga photostat untuk setiap mukasurat. 
6. Pelajar akan didenda sebanyak RM 0.20 sehari ( tidak termasuk hari cuti) jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam.