.

.

TEMPAHAN PSS

Sunday 19 February 2017

| Program Cabutan Pengunjung Bertuah Bulan Januari 2017 |


Assalamualaikum,

Bagi pengujung-pengunjung bulan Januari, cabutan bertuah telah dijalankan dan pelbagai hadiah menarik telah diberikan menerusi program ini.

Seorang pengunjung bertuah dipilih bagi setiap minggu.






Semoga anda pula pengunjung bertuah yang kami cari pada Februari nanti :)


[ ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU ]


Pada 12 Februari 2017 yang lalu, Dua pelajar SMA Al-Quran Waddin telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir bagi Anugerah Nilam Peringkat Daerah Johor Bahru.


Pertandingan bermula dengan Bahagian Individu dan diikuti dengan Bahagian Berkumpulan. Setelah keputusan diumumkan , calon bagi SMA Al-Quran Waddin tidak berjaya untuk mendapat tempat. Walaubagaimana pun, pengalaman dan ilmu yang diperoleh banyak membantu kedua-dua pelajar ini untuk lebih maju dalam pelajaran mereka.


Sekalung Penghargaan diiringi ucapan Tahniah kepada kedua-dua wakil dari sekolah kita ini.


Jom, usaha lagi untuk tahun-tahun yang akan datang :) 



Sunday 5 February 2017

| PROGRAM GOTONG - ROYONG DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER 2017|

Pada 31 disember 2016 yang lalu, Pengawas Pusat Sumber bagi Sesi 2017 telah bersama-sama mengembleng tenaga dalam Program gotong royong dan keceriaan Pusat Sumber.

Aktiviti ini bermula dari pukul 9.00pagi sehingga pukul 4.30petang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat pintu Pusat Sumber, Menyusun atur meja dan Perabot, Menghias rak buku dan kebersihan Pusat Sumber.









Aktiviti ini dijalankan supaya Pusat Sumber dalam keadaan bersedia untuk menerima para pelajar bagi sesi persekolahan yang bakal dibuka kelak. Selain itu, akiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara pengawas Pusat Sumber supaya dapat bekerjasama dengan baik kelak. 

| Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar SMAQD 2017|


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Tanggal 22 Januari 2017 ( Ahad ) berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar Sek Menengah Agama Al-Quran Waddin bagi tahun 2017. Inspektor Isa Bin Ahmad selaku Pegawai Perhubungan Sekolah merasmikan majlis seterusnya menyampaikan watikah kepada Ketua Pengawas Sekolah, Ketua Pengawas Pusat Sumber, Ketua Nuqaba' SUMUR, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Asrama. 

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para pemimpin sekolah.












Semoga semua pemimpin pelajar ini dapat memikul amanah dengan penuh tanggungjawab.

Saturday 14 January 2017

[Program Orientasi Pusat Sumber Tahun 2017]

Pada 2 Januari 2017, Sekolah Menengah Agama AlQuran Waddin telah menjalankan Taklimat Orientasi Pusat Sumber kepada para pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2017.

 Taklimat diadakan di Bilik Seminar Sek Men Agama Al-Quran Waddin. Taklimat disampaikan oleh Pn. Natrah Binti Ibrahim selaku guru Perpustakaan dan Media. Antara maklumat-maklumat yang disampaikan adalah mengenai cara-cara peminjaman buku, peraturan-peraturan yang ditetapkan dan adab-adab semasa berada di dalam Pusat Sumber.

Semoga para pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2017,dapat bersama-sama hadir ke Pusat Sumber Sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.

Berikut antara gambar-gambar semasa sesi Orientasi dijalankan :












Saturday 5 March 2016

Majlis Pelancaran NILAM dan Bulan Bahasa 2016


              Pusat Sumber SMA Al-Quran Waddin telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM dan Bulan Bahasa 2016 pada 21 Februari 2016 bertempat di Perkarangan Tapak Perhimpunan Sekolah.

    Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua,    Tn Hj Lukmanulhakim Bin Mashadi. Dalam ucapan beliau menyeru agar  para pelajar lebih kerap mengunjungi Pusat Sumber Sekolah agar dapat menimba lebih banyak ilmu disamping dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif.


Tn. Hj. Lukmanulhakim bersama Pengunjung Bertuah Bulan Januari dan Februari  


               Beberapa program telah dirancang oleh Guru Perpustakaan dan Media, iaitu Pn. Natrah Binti Ibrahim sepanjang tahun 2016 yang akan melibatkan guru-guru, staf-staf   pentadbiran dan para pelajar.  
    
              Antaranya ialah  Pertandingan Alat   Bantu Mengajar/Belajar, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Melukis Poster bertema dan  banyak lagi.


Orientasi Pusat Sumber bagi Pelajar Tingkatan Satu 2016

PROGRAM ORIENTASI PUSAT SUMBER 2016




· Orientasi Pusat Sumber bagi Pelajar Tingkatan 1 diadakan pada setiap tahun dalam bulan Januari.

· Program ini dilaksanakan bagi memberi maklumat-maklumat berkaitan Pusat Sumber.

· Taklimat disampaikan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Natrah Binti Ibrahim kepada seramai 66 orang pelajar Tingkatan satu bertempat di Bilik Seminar SMA Al-Quran Waddin, Johor Bahru.

· Pelbagai maklumat disampaikan, antaranya berkaitan peraturan-peraturan di Pusat Sumber sekolah dan Tatacara peminjaman buku dilaksanakan.